LEMBAGA RAYUAN

Pop Up 747 x 800 design 2 01 min

Pada 30 September 1999, Kaedah Lembaga Rayuan Negeri Selangor telah diwartakan. Lembaga Rayuan Negeri Selangor ditubuhkan di bawah Seksyen (36), Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172). Pada menjalankan kuasa yang diberikan oleh sub seksyen 36 (2) Akta 172, Pihak Berkuasa Negeri Selangor dengan persetujuan Menteri Besar telah melantik Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan Ahli-ahli Lembaga Rayuan Selangor.

ANDA INGIN MEMBUAT RAYUAN???
Jika berlaku sebarang ketidakpuasan terhadap keputusan pihak berkuasa perancang tempatan, Lembaga Rayuan mengalu-alukan rayuan dikemukankan di alamat:

Pendaftar Lembaga Rayuan Negeri Selangor,
D/A Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Selangor
Tingkat 18, Bangunan Darul Ehsan No.3 Jalan Indah,
Seksyen 14, 40646 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.
Tel: 03-5511.6666
Faks: 03-5511.3557
Email: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Rayuan hendaklah dikemukakan dengan mengisi borang yang boleh didapati di Pejabat Pendaftar Lembaga Rayuan atau muat turun di laman web ini.
Proses rayuan adalah seperti Kaedah-Kaedah Lembaga Rayuan 1999 dalam Warta Kerajaan bertarikh 30hb. September, 1999, Jil. 52 No. 20 Tambahan No. 12 Perundangan.

Senarai Ahli Lembaga Rayuan Negeri Selangor

Laporan Lembaga Rayuan


Cetak   Emel