VISI, MISI, DASAR & OBJEKTIF JABATAN

VISI

Menjadi Peneraju Perancangan Bandar dan Desa Ke Arah Mewujudkan Persekitaran Kehidupan Yang Berkualiti, Sejahtera Dan Mampan.

MISI

Memacu Perancangan Fizikal Negara Melalui Pelaksanaan Dan Pemantauan Perancangan Pembangunan Yang Komprehensif, Sistematik dan Inovatif Ke Arah Kesejahteraan Masyarakat.

DASAR KORPORAT

Mewujudkan pembangunan negeri dan tempatan yang komprehensif, progresif serta mampan, dengan penekanan kepada keseimbangan alam sekitar, sosial dan ekonomi, bagi mencapai kehidupan manusia yang berkualiti dan harmoni.

OBJEKTIF JABATAN

  • Untuk mengukuhkan pembangunan fizikal, sosial dan ekonomi di kawasan bandar dan desa bagi meningkatkan taraf kehidupan penduduk selaras dengan matlamat negeri dan negara;
  • Untuk mengatur, mengawal dan menyelaras pemajuan, penggunaan dan pemuliharaan tanah melalui pelaksanaan berkesan Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 dan akta-akta berkaitan;
  • Untuk melaksana dan memastikan pemakaian berkesan kaedah, dasar, pelan dan garispanduan perancangan oleh semua agensi bagi semua peringkat perancangan;
  • Untuk menjadi penasihat utama dalam perancangan bandar dan desa kepada Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan serta agensi-agensi yang berkenaan.