Fungsi Jabatan
Bagi melaksanakan objektif-objektif perkhidmatan Perancangan Bandar dan Desa di Negeri Selangor, fungsi-fungsi sedia ada Jabatan adalah seperti berikut:
i. | Penasihat utama kepada Kerajaan Negeri tentang semua hal berkaitan perancangan bandar dan desa termasuk pemeliharaan, penggunaan dan pembangunan tanah; |
ii. | Melaksana dan menyelaras penyediaan Rancangan Pemajuan iaitu Rancangan Struktur Negeri, Rancangan Tempatan, Rancangan Kawasan Khas dan Kajian/Projek Khas sama ada yang diarahkan atau atas inisiatif Jabatan; |
iii. | Menyelaras pelaksanaan Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976, kaedah-kaedah, piawaian dan garis panduan perancangan Desa di semua Pihak Berkuasa Tempatan di Negeri Selangor; |
iv. | Bertindak sebagai urusetia bagi Jawatankuasa Perancang Negeri yang ditubuhkan di bawah Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172); |
v. | Menjalankan fungsi Urusetia Lembaga Rayuan; dan |
vi. | Memberi khidmat nasihat kepada jabatan/agensi lain mengenai perancangan bandar dan desa. |