PROGRAM PUBLISITI AWAM DRAF RANCANGAN TEMPATAN KUALA LANGAT 2030 (PENGUBAHAN 3)
Menurut Seksyen 13 (1), Akta Perancangan Bandar Dan Desa 1976 (Akta 172), apabila pihak berkuasa perancang tempatan telah menyediakan draf rancangan tempatan, hendaklah ia, sebelum menerimanya di bawah seksyen 15 (1), tetapi tidak sebelum rancangan struktur, setakat ia dipakai bagi kawasan draf rancangan tempatan itu, berkuat kuasa, dan tertakluk kepada seksyen kecil (2), menyediakan salinan-salinan draf rancangan tempatan itu untuk diperiksa di pejabatnya dan di tempat-tempat lain yang ditentukannya.
Dengan ini diberitahu bahawa, Program Publisiti Awam Draf Rancangan Tempatan Kuala Langat 2030 (Pengubahan 3) telah tersedia untuk diperiksa bermula pada 17 November 2025 Hingga 19 Disember 2025 di Bangunan Pejabat Majlis Perbandaran Kuala Langat, Telok Datok dari jam 9.00 pagi hingga 4.00 petang (waktu pejabat). Pihak majlis juga menjalankan pameran melalui laman sesawang iaitu https: www.mpkl.gov.my dan www.jpbdselangor.gov.my
Sehubungan dengan itu, orang awam adalah dijemput untuk memeriksa Draf Rancangan Tempatan tersebut. Bantahan atau rayuan berkenaan dengan Draf Rancangan Tempatan Kuala Langat 2030 (Pengubahan 3) tersebut boleh dikemukakan dengan menggunakan borang yang telah disediakan sebelum atau pada 19 Disember 2025 dan hendaklah di alamatkan kepada :
Pengarah,
Jabatan Perancangan Pembangunan,
Bangunan Pejabat MPKL Telok Datok,
Jalan Stadium, Telok Dato,
42700 Banting, Selangor
Selangor Darul Ehsan, Malaysia
☎️03- 38530303 samb. 1308/ 012 3004180
📠03-3180 3143
📩
🌐www.mpkl.gov.my dan www.jpbdselangor.gov.my




