PROGRAM LARIAN "MENTAL HEALTH AKRAB SELANGOR FUN RUN 2025"
JEMPUTAN MENGHADIRI PROGRAM LARIAN “MENTAL HEALTH AKRAB SELANGOR FUN RUN 2025” SEMPENA JELAJAH PSIKOLOGI ANJURAN KELAB AKRAB NEGERI SELANGOR, PENTADBIRAN SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SELANGOR TAHUN 2025
Sukacita dimaklumkan bahawa Kelab Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) Negeri Selangor dengan kerjasama Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor dan Majlis Perbandaran Kuala Selangor akan menganjurkan program larian “Mental Health AKRAB Selangor Fun Run 2025” sempena Jelajah Psikologi, Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Tahun 2025 pada ketetapan berikut:
|
Tarikh
|
:
|
6 Disember 2025 (Sabtu)
|
|
Masa
|
:
|
7.00 pagi – 1.00 petang
|
|
Tempat
|
:
|
Stadium Tertutup Kuala Selangor,
Jalan Kemajuan, Kompleks Sukan Kuala Selangor,
45000 KUALA SELANGOR
|
Pelaksanaan program larian ini adalah untuk menggalakkan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat, mengeratkan hubungan silaturahim, serta memberi kesedaran tentang pentingnya kesihatan fizikal dan mental. Sasaran peserta bagi larian ini adalah seramai 1,000 orang penyertaan ahli AKRAB dan kakitangan lain dari pelbagai jabatan/agensi negeri dan persekutuan.
Sehubungan dengan itu, kepada ahli AKRAB dan kakitangan yang berminat menyertai dalam program larian ini boleh membuat pendaftaran melalui QR code di bawah.




