RSS

RSS (Really Simple Syndication)

Apa itu RSS?

RSS adalah singkatan bagi Really Simple Syndication atau RDF Site Summary (RSS 0.9 dan 1.0) adalah suatu aplikasi XML (Extensible Markup Language) mengikut tahap spesifikasi World Wide Consortium (W3C) . Ia merupakan suatu format sindikasi berita dan digunakan sebagai agen untuk mendapatkan berita atau data secara atas talian daripada halaman web / portal yang menyokong aplikasi ini.

RSS Di Halaman JPBD Selangor

Kemudahan aplikasi RSS ini disediakan khas untuk pembangun portal bagi mendapatkan info terkini berkenaan dengan maklumat terkini yang dikeluarkan oleh JPBD Selangor. Melalui kemudahan aplikasi ini diharap agar Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Selangor dapat menyalurkan  Maklumat Terkini/Semasa yang berlaku daripada Portal JPBD Selangor dengan lebih pantas dan berkesan.

Melalui RSS Feeds ini juga:
1. Anda boleh memilih untuk membaca berita yang anda inginkan dan relevan dengan kehendak anda.
2. Anda secara tidak langsung mendapat informasi yang boleh dipercayai dan mencegah daripada informasi yang tidak di inginkan (Spam).
3. Anda dapat mengetahui Maklumat Terkini mengenai JPBD Selangor lebih cepat dan berkesan.
4. Berita atau Maklumat yang dipaparkan adalah yang terkini tanpa perlu melayari laman.

Langkah 1
Muat turun install Microsoft.NET framework terlebih dahulu jika anda tidak menggunakan Windows 2003 atau versi Windows XP yang terkini. Cara yang paling mudah adalah dengan Windows Update atau lawati Microsoft How to Get the .NET Framework 1.1.

Langkah 2
Muat turun RssReader 1.0.88.0 seperti berikut : rssreader.zip atau rssreader.exe.

Langkah 3
INSTALL RssReader.
Jika anda muat turun versi .zip, UNZIP fail tersebut terlebih dahulu dan RUN setup.exe.
Terus RUN jika anda muat turun versi .exe

Langkah 4
Sila lihat imej ini,rss-icondi dalam laman Utama JPBD Selangor (bahagian kiri). Klik pada button tersebut dan satu laman khas RSS JPBDS akan dipaparkan. Anda boleh melanggan dengan memilih salah satu feed dan menekan butang Subscribe Now untung melanggan.

Image

Alamat

JABATAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA NEGERI SELANGOR
( PLANMalaysia Selangor)

Menara Pertubuhan Peladang Negeri Selangor,
Tingkat 2-4 & 9, Menara PPNS,
Persiaran Damai, Seksyen 11,
40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA.

Kemaskini Terakhir: 21 Mei 2025

Hubungi Kami

  • Emel: webmaster@jpbdselangor.gov.my
  • Tel.: 03-5650 1800
  • Faks: 03-5650 1855

MS ISO 9001:2015

Image

REG NO QMS 03401

Image
Today: 195
Yesterday: 175
This Week: 724
Last Week: 1,206
This Month: 3,876
Total: 3,984