KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA PELUPUSAN ASET ALIH

1. Tawaran adalah dipelawa dari syarikat atau orang perseorangan yang berminat untuk membeli aset seperti berikut:

Bil.

Keterangan aset

*Nombor Pendaftaran Kenderaan

Kuantiti

Harga Simpanan

1.

Pacuan Empat Roda
Toyota Fortuner 2.7V (P) A/T

BJX 8933

1

RM15,000.00

* Nota : Bagi yang berkaitan sahaja

2. Aset boleh dilihat pada 16hb Jun 2022 hingga 17hb Jun 2022 diantara jam 10.00 pagi hingga 1.00 petang di B3 Bangunan Darul Ehsan.

3. Tawaran sebut harga boleh dibuat dengan menggunakan Borang Sebut Harga Pelupusan Aset Alih Kerajaan (KEW.PA-28) yang boleh diperoleh di alamat seperti di para 4. Tawaran hendaklah sah bagi tempoh 90 hari.

4. Semua tawaran dengan maklumat yang lengkap hendaklah menggunakan sampul surat berlakri dan di tanda No. Sebut harga JPBD/SEL/SH/08/2022 dan dihantar melalui pos atau dimasukkan ke dalam Peti Sebut harga di alamat:-

PLANMalaysia@Selangor
(Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Negeri Selangor)
Tingkat 17, Bangunan Darul Ehsan,
No. 3, Jalan Indah, Seksyen 14,
40646 Shah Alam.

5. Tarikh tutup sebut harga pada 4 Julai 2022 jam 12.00 tengah hari. Sebut  harga yang diterima lewat tidak akan dipertimbangkan.

SYARAT DAN PERATURAN SEBUT HARGA

1. Aset akan dijual tertakluk kepada harga simpanan.

2. Penyebut harga adalah dikehendaki menyertakan deposit sebut harga sebanyak 5% daripada harga tawaran bagi setiap aset atau RM5,000 mengikut mana yang terendah. Deposit sebut harga hendaklah dalam bentuk Wang Pos atau Draf Bank sahaja atas nama Bendahari Negeri Selangor.

3. Tawaran tanpa/ kurang deposit sebut harga tidak akan dipertimbangkan.

4. Semua aset adalah dijual sebagaimana keadaannya semasa dilihat (as-iswhere-is basis).

5. Jabatan ini tidak bertanggungjawab ke atas aset yang telah dijual.

6. Semua perbelanjaan berkaitan pembelian aset seperti kos menanggal (dismantle), mengangkut  dan sebagainya hendaklah ditanggung oleh pembeli sendiri.

7. Pembeli yang berjaya hendaklah membuat pembayaran penuh dalam tempoh satu (1minggu dari tarikh pemberitahu keputusan. Jika bayaran tidak dijelaskan dalam tempoh tersebut, deposit  sebut harga tidak akan dikembalikan.

8. Pembeli yang berjaya hendaklah mengambil aset dalam tempoh 7 hari selepas bayaran penuh  dijelaskan. Jika gagal, bayaran yang telah dibuat tidak akan dikembalikan dan Jabatan  berhak  untuk melupuskan aset tersebut.

Nota : Syarat-syarat sebutharga boleh dipinda mengikut keperluan Kementerian/Jabatan.

Untuk muat turun Borang Sebutharga klik sini.


Print   Email