DIRECTOR's NOTES
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
Selamat datang ke laman web rasmi Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Negeri Selangor, Laman web rasmi Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Negeri Selangor telah disediakan atas kesedaran bahawa laman web merupakan medium penting penyebaran maklumat dan komunikasi bagi sesebuah organisasi dengan para pelanggannya. Saya berharap semua pengunjung akan dapat mengenali fungsi dan perkhidmatan jabatan ini khususnya dan bidang perancangan bandar dan desa amnya.
Dalam merancang sesuatu pembangunan, pandangan daripada orang awam perlu diambil kira untuk memastikan pembangunan yang akan dirancang selaras dengan kehendak dan inspirasi rakyat. Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172), telah memperuntukkan hak kepada orang awam untuk bersama-sama melibatkan diri di dalam penyediaan rancangan pemajuan bagi kawasan pihak berkuasa tempatan atau kawasan meraka.
Selaras dengan Dasar Smart Selangor, Kerajaan Negeri Selangor berhasrat untuk menampilkan suatu keseimbangan di antara usaha merancakkan ekonomi sekaligus mencipta aliran pendapatan yang baharu kepada negeri dan keperluan untuk memberdayakan rakyat Negeri Selangor Darul Ehsan iaitu dengan Merancakkan Ekonomi, Memberdayakan Rakyat dan Mensejahterakan Negeri.
Konsep "maklumat dihujung jari" diharap dapat menjadi satu medium ICT terkini untuk mendekatkan para pelanggan dan masyarakat dengan Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Negeri Selangor.
Pihak pengurusan laman web jabatan sentiasa terbuka menerima sebarang pandangan, syor serta komen yang membina daripada semua pengguna ke arah menambahbaik laman web ini untuk faedah semua.
Terima kasih kerana sudi mengunjungi laman web kami.
“ KE ARAH PERSEKITARAN MAMPAN ”
TPr KHAIRULZAMAN BIN IBRAHIM
Pengarah,
Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Negeri Selangor
PLANMalaysia Selangor