PROFIL JABATAN

PLANMalaysia Selangor ditubuhkan sebagai Pejabat Perancang Bandar dan Kampung pada tahun 1958. Ianya adalah sebahagian daripada Pejabat Perancang Bandar dan Kampung Negeri Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka. Pejabat Perancang Bandar dan Kampung Negeri Selangor diwujudkan pada 1 September 1960. Pegawai Perancang Bandar dan Kampung Negeri Selangor yang pertama ialah En. W. Fairbank yang juga merupakan Pegawai Perancang Bandar bagi Jabatan Perancang Bandar Negeri Sembilan dan Melaka.

Pada tahun 1970, Pejabat Perancang Bandar dan Kampung Negeri Selangor yang terletak di Damansara telah berpindah ke Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor di Jalan Raja, Kuala Lumpur. Bagi mengatasi masalah keluasan ruang lantai yang terhad dan banjir yang melanda Kuala Lumpur pada tahun 1971, pejabat ini dipindahkan ke Jalan Spooner , Kuala Lumpur pada tahun 1975.

Pada Mei 1978, Pejabat Perancang Bandar dan Kampung Negeri Selangor telah dipindahkan ke Kompleks Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor ( PKNS ) di Shah Alam, Selangor. Jumlah kakitangan Jabatan pada ketika itu adalah seramai 54 orang. Pada bulan Disember 1982, jabatan ini telah berpindah ke Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam. Pada tahun 1986, nama Pejabat Perancang Bandar Dan Kampung Negeri Selangor telah ditukar dan dikenali sebagai Jabatan Perancang Bandar Dan Desa Negeri Selangor.

Pada bulan April 2002, Jabatan Perancang Bandar Dan Desa Negeri Selangor berpindah semula dan mula beroperasi di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shahdan kekal sehingga sekarang. Negeri Selangor telah diisytiharkan sebagai sebuah Negeri Maju pada 27hb. Ogos 2005. Sebagai sebuah negeri maju, Negeri Selangor bermatlamat untuk meningkatkan kualiti hidup penduduk yang tinggi, menguruskan pembangunan fizikal yang sempurna, memperkasakan kualiti desa dan menggalakkan ‘participatory planning’, melaksanakan sistem penyampaian yang berkesan dan menambahkan sumber hasil negeri.

Selaras dengan matlamat tersebut, Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Negeri Selangor yang merupakan peneraju utama pembangunan di negeri Selangor, penuh komited untuk mewujudkan perkhidmatan perancangan bandar yang bertaraf dunia. Oleh yang demikian, beberapa pendekatan perlu dilaksanakan iaitu:

  1. Penyediaan rancangan pemajuan yang berteraskan pembangunan mampan;
  2. Pengawalan perancangan yang efisyen dan dapat mewujudkan persekitaran yang berkualiti;
  3. Pelaksanaan dan penguatkuasaan perundangan perancangan bandar dan desa yang berkesan;
  4. Perancangan dan membuat keputusan berasaskan maklumat lengkap dan berteraskan penyertaan pihak-pihak yang berkepentingan.

MANTAN PENGARAH PLANMalaysia SELANGOR

1958 - 1959

Walter Fairbank

bekas pengarah 1 20160516 1645007246

1958 - 1959

1959 - 1960

1959 - 1960

bekas pengarah 2 20160516 1098564767

1962-1966

1962-1966

bekas pengarah 4 20160516 1654318300

1962-1966

1962-1966

1962-1966

bekas pengarah 3 20160516 1415269727

1969-1977

1969-1977

bekas pengarah 5 20160516 1165131892

1969-1977

1977-1984

1977-1984

bekas pengarah 6 20160516 1602522096

1985-1992

1985-1992

bekas pengarah 7 20160516 1142775546

1985-1992

1992-1992

1992-1992

bekas pengarah 8 20160516 1983795648

1993-1996

1993-1996

mantan pengarah 1993 1996 1 20160602 1184733795

1993-1996

1996-2006

1996-2006

Datin Paduka

2006-2011

2006-2011

bekas pengarah 10 20160516 1662746791

2006-2011

2011-2016

2011-2016

mantan pengarah 2011 2016 1 20160602 1687701402

2016-2019

Dato TPr Hj Muhammad Ridzuan Bin Arshad

2016

2016-2019

2019-2020

TPr Gs Dr Shamsaini binti Shamsuddin

pengarah 2

2020-2022

TPr MD Nazri Bin Abdullah

pengarah Nazri

2020-2022