Sesi Townhall Program Pemutihan Sekolah Agama (Institusi Tahfiz) Persendirian Negeri Selangor

Townhall Tahfiz
 
Sesi Townhall Program Pemutihan Sekolah Agama (Institusi Tahfiz) Persendirian Negeri Selangor bagi memuktamadkan Garis Panduan Pemutihan oleh PLANMalaysia Selangor. Majlis telah dirasmikan oleh YB EXCO Agama Islam, Pembudayaan Inovasi Negeri Selangor diwakili oleh SS Dato’ Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Penganjuran ini adalah dengan kerjasama Pejabat EXCO Agama Islam, UPEN (SPBT), PLANMalaysia Selangor, JAIS, MAIS, Perbadanan Zakat Selangor, PTGS, PBT, Pejabat Tanah Daerah, Persatuan Institusi Tahfiz Al Quran Negeri Selangor (PITAS), MIP & PEJUTA. Perasmian sesi town hall ini telah disempurnakan oleh SS Dato’ Haji Mohd Shahzihan bin Ahmad Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (JAIS) di Auditorium Dewan Jubli Perak, Sultan Abdul Aziz, Shah Alam pada 8 Ogos 2024. 
 
Program ini bertujuan untuk memberi penerangan berkaitan Program Pemutihan Sekolah Agama (Institusi Tahfiz) Persendirian yang telah diluluskan oleh Pihak Berkuasa Negeri (PBN) melalui kertas EXCO-MTES No.5/4/2024 yang telah disahkan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) ke 9/2024 pada 27 Mac 2024 kepada semua pengusaha tahfiz di dalam Negeri Selangor.  
 
Seramai hampir 600 Mudir/Pengusaha Institusi Tahfiz, 15 Pengusaha Sekolah Pondok hadir dengan komitmen yang sangat positif dengan pertanyaan-pertanyaan yang dapat membantu mengukuhkan lagi garis panduan.
 
 
 

Cetak   Emel