Bengkel “Ease Of Doing Business”

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Selangor (PLANMalaysia Selangor) dengan kerjasama Invest Selangor Berhad telah menganjurkan Bengkel “Ease Of Doing Business,” Tatacara Pelaksanaan Inisiatif Baharu Penambahbaikan Proses Dan Prosedur Pelan Pemajuan OSC 3.0 Plus di G Hotel Gurney, Pulau Pinang pada 23-25 Mei 2023. Perasmian bengkel ini telah disempurnakan YB Tuan Ng Sze Han, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelaburan & Perdagangan, Pembangunan IKS & Wilayah, Ekonomi Baharu, Mobiliti Selangor. Antara agensi-agensi yang turut sama dalam menjayakan program ini adalah daripada Jabatan Kerajaan Tempatan (KPKT), Seksyen Pihak Berkuasa Tempatan & Seksyen Makro & Penswastaan, UPEN Selangor, Datuk Bandar dan Yang DiPertua Pihak-Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Selangor, Jabatan-Jabatan Teknikal dalaman PBT dan Jabatan-Jabatan Teknikal Luaran, Malaysian Productivity Corporation (MPC) serta Pertubuhan Profesional.
 
Perbincangan bengkel telah dipengerusikan bersama YBrs. TPr Khairulzaman bin Ibrahim, Pengarah PLANMalaysia Selangor dan YBhg. Dato' Hasan Azhari bin Hj Idris, Ketua Pegawai Eksekutif Invest Selangor.
 
Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk memberi penerangan tentang penambahbaikan kelancaran urusan perniagaan (Ease Of Doing Business) di Peringkat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi Pelaksanaan Inisiatif Baharu Penambahbaikan Proses Dan Prosedur Pelan Pemajuan OSC 3.0 Plus yang merangkumi tiga (3) proses dan prosedur kelulusan pelan pemajuan iaitu Industrial Green Lane (IGL), Prerequisite (PR) dan Self Regulation (SR). Lanjutan daripada itu, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah mengambil inisiatif penambahan dan pengukuhan kecekapan proses dan prosedur kelulusan pelan pemajuan dengan menyasarkan pelaksanaan ke atas 40 PBT pada tahun 2024 sebagaimana kenyataan di akhbar The Sun pada 27 Januari 2024.
 
Turut diundang dari Majlis Perbandaran Kulim untuk membentangkan serta berkongsi pengalaman Pelaksanaan E10 di Kedah. Manakala Bahagian Perunding Kawalan Pemajuan Jabatan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah membentangkan Tatacara Pelaksanaan Inisiatif Baharu Penambahbaikan Proses Dan Prosedur Pelan Pemajuan OSC 3.0 Plus Oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Selangor, Malaysia Productivity Corporation dengan kertas pembentangan Pelaksanaan ‘Ease Of Doing Business’, serta pengalaman pelaksanaan Kaedah Pelaksanaan EDB di Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) oleh Majlis Bandaraya Diraja Klang dan  Kaedah Pelaksanaan EDB di Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) oleh Majlis Perbandran Hulu Selangor.
Bengkel Ease fDoingBusiness

Cetak   Emel