Wawancara Di Selamat Pagi Malaysia, Tv1 Berita RTM Dan Temubual Di Selangor. FM bersama YB Ng Sze Han, EXCO Pelaburan, Perdagangan & Mobiliti Negeri Selangor dan TPr Khairulzaman bin Ibrahim, Pengarah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Selangor (PLANMalaysia Selangor) bagi berkongsi topik mengenai "SELANGOR 2035 : KE ARAH PEMBANGUNAN KOMPREHENSIF” bersempena Perasmian dan Penyertaan Awam Draf Rancangan Struktur Negeri Selangor 2035 (Pengubahan) pada pagi ini. |
Orang awam dijemput membuat semakan ke atas laporan Draf RS Negeri Selangor 2035 (Pengubahan) secara fizikal di Foyer Bangunan Sultan Abdul Aziz Shah (SUK Selangor), PLANMalaysia Selangor, Lobi Bangunan Darul Ehsan (SUK 2) dan Foyer Bangunan F5 PLANMalaysia Ibu Pejabat. Selain itu, semakan juga boleh dibuat di semua pejabat Pihak Berkuasa Tempatan dan Pejabat Daerah dan Tanah di Selangor. Orang awam juga boleh melayari laman web PLANMalaysia Selangor di https://www.jpbdselangor.gov.my/ atau https://linktr.ee/rsns2035pengubahan untuk akses kepada dokumen dan borang bantahan. |
#kitaSELANGOR
#MalaysiaMADANI
#RSNegeriSelangor2035(Pengubahan)