PRA SUKNA KE – 20 PERINGKAT ZON TENGAH (SIRI 2 - KUALA SELANGOR)

  sukna 

Pada 9 - 10 Jun 2023  telah berlangsung Pra SUKNA Ke 20 Peringkat Zon Tengah  Siri 2 yang telah diadakan di Kompleks Sukan Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS). Pra SUKNA kali ini adalah lanjutan daripada Pra SUKNA Siri 1 yang telah diadakan pada 10 - 12 Mac 2023 di UiTM Seri Iskandar, Perak.  Pada Pra SUKNA Siri 2 kali ini, PlanMalaysia Selangor telah berkerjasama dengan MPKS dalam menganjurkan perlawanan persahabatan antara Pasukan Zon Tengah  SUKNA Ke 20 dengan MPKS.  Tujuan Pra SUKNA Siri 2 ini adalah sebagai persediaan atlit-atlit sebelum ke Kejohanan Sukan Nasional Perancangan Bandar dan Desa ke - 20 yang akan berlangsung pada 3 - 6 Ogos 2023 di Negeri Pahang.

 
 
 

Cetak   Emel