jata Agensi di bawah
Kerajaan Negeri Selangor

email facebook twitter youtube rss

Jenis Font: Arial | PT Sans | Century
A A A A
A- A A+

PENGOPERASIAN PERKHIDMATAN KAUNTER BAGI PEJABAT PLANMALAYSIA@SELANGOR DALAM FASA PERTAMA (1) PELAN PEMULIHAN NEGARA

Berikutan pengumuman Kerajaan bagi Fasa Pertama (1) Pelan Pemulihan Negara, Urusan Kaunter di premis PLANMalaysia@Selangor akan dibuka hanya bagi Kuanter Tingkat 17 (Kuanter Bahagian Pentadbiran dan Kewangan) dan Kuanter Tingkat 15 (Kuanter Bahagian Pengawalan Perancangan) sahaja dalam tempoh maksimum 30minit seorang dengan pematuhan SOP yang sangat ketat. Pelanggan yang hendak berurusan di kuanter juga dinasihatkan untuk sentiasa mengemaskini Status Rekod Covid-19 pada aplikasi MySejahtera dan diwajibkan membuat temujanji dengan pegawai Jabatan terlebih dahulu sebagaimana di bawah dan sebarang urusan kuanter tanpa temujanji tidak akan dilayan.

Para pelanggan juga diwajibkan mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh KKM dengan mendaftar pergerakan melalui MySejahtera atau SELANGKAH serta BUKU PENDAFTARAN PELANGGAN di kuanter, MEMERIKSA SUHU, memakai ‘FACE MASK’ dan menggunakan ‘HAND SANITISER’ yang disediakan serta memastikan PENJARAKAN FIZIKAL 1 METER ketika berurusan di kuanter.

Waktu urusan di kuanter adalah seperti berikut:
Isnin hingga Khamis – 9.00 pagi hingga 1.00 petang
Jumaat – 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari
Selain itu, para pelanggan juga boleh berurusan melalui perkhidmatan atas talian
Laman Web - www.jpbdselangor.gov.my
atau emel ke Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

notis pemberitahuan

Cetak Emel

  • Laman Utama
  • Berita
  • PENGOPERASIAN PERKHIDMATAN KAUNTER BAGI PEJABAT PLANMALAYSIA@SELANGOR DALAM FASA PERTAMA (1) PELAN PEMULIHAN NEGARA