DASAR PERANCANGAN-PERSEKUTUAN

RANCANGAN FIZIKAL NEGARA KE-3 (RFN3)

dasar persekutuan 1 removebg preview

Dokumen perancangan tertinggi dalam Rangka Kerja Perancangan Fizikal Negara yang merumuskan dasar-dasar strategik dan sektoral negara bagi maksud penentuan haluan pemajuan fizikal negara. RFN disediakan seiring dengan Rancangan Pembangunan Lima Tahun (RMK) negara.

DASAR PERBANDARAN NEGARA KEDUA (DPN2)

image removebg preview 1

Dokumen perancangan bagi memandu dan menyelaras pembangunan perbandaran yang mampan, yang memberi penekanan terhadap keseimbangan pembangunan bandar secara fizikal, alam sekitar, sosial dan ekonomi.

DASAR PERANCANGAN FIZIKAL DESA NEGARA 2030 (DPF DESA NEGARA)

image removebg preview

Dasar Perancangan Fizikal Desa Negara merupakan dasar pembangunan desa yang pertama di Malaysia berbentuk spatial. Dokumen yang menggariskan pernyataan dasar, strategi dan langkah pelaksanaan yang digubal mengikut tema dan teras bagi merealisasikan visi pembangunan desa yang mampan.


Cetak   Emel