jata Agensi di bawah
Kerajaan Negeri Selangor

email facebook twitter youtube rss

Jenis Font: Arial | PT Sans | Century
A A A A
A- A A+

PROGRAM PUBLISITI DAN PENYERTAAN AWAM DRAF RANCANGAN KAWASAN KHAS BANDAR KUALA KUBU BHARU 2025

PROGRAM PUBLISITI DAN PENYERTAAN AWAM DRAF RANCANGAN KAWASAN KHAS BANDAR KUALA KUBU BHARU 2025

Assalamualaikum dan Salam Sejatera.

Sukacita dimaklumkan bahawa Draf Rancangan Kawasan Khas Bandar Kuala Kubu Bharu 2025 telah tersedia untuk disemak oleh tuan / puan / pemilik tanah / Pemegang Taruh / MPKK dan penduduk khususnya di kawasan Bandar Kuala Kubu Bharu.

Draf Rancangan Kawasan Khas Bandar Kuala Kubu Bharu 2025 boleh disemak bermula 5 Oktober 2020 sehingga 4 November 2020 pada jam 9.00 pagi sehingga 5.00 petang dilokasi berikut :
1. Pejabat Majlis Daerah Hulu Selangor, Kuala Kubu Bharu
2. Pejabat PLANMalaysia@Selangor, Tingkat 16, Bangunan Darul Ehsan, Shah Alam
3. Pusat Informasi Pelancongan (Balai Bomba Lama) Kuala Kubu Bharu

Draf Rancangan Kawasan Khas Bandar Kuala Kubu Bharu 2025 turut boleh disemak melalui pautan berikut : https://cloud.jpbdselangor.gov.my/index.php/s/jkUDE65hxsOnYnQ

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, tuan / puan boleh menghubungi Jabatan Perancang Bandar, Majlis Daerah Hulu Selangor ditalian 03-60641331 sambungan 123 (Mohd Idrus bin Mahmud Jamili).

Sebarang bantahan dan cadangan terhadap Draf Rancangan Kawasan Khas Bandar Kuala Kubu Bharu 2025 boleh disalurkan secara terus ke Jabatan Perancang Bandar MDHS atau diemelkan ke Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. atau difakskan ke 03-60643991.

Nota : Bantahan dan Cadangan terhadap Draf Rancangan Kawasan Khas Bandar Kuala Kubu Bharu 2025 adalah digalakkan untuk diedarkan sama ada melalui faks atau emel. Walaubagaimanapun, edaran di kaunter Jabatan tidak menjadi halangan.

KERJASAMA TUAN / PUAN AMAT DIHARGAI DAN DIDAHULUI DENGAN UCAPAN TERIMA KASIH

Cetak Emel

  • Laman Utama
  • Berita
  • PROGRAM PUBLISITI DAN PENYERTAAN AWAM DRAF RANCANGAN KAWASAN KHAS BANDAR KUALA KUBU BHARU 2025