|
Jumaat, 06 Ogos 2010 |
|
Pemakaian Opsyen 3 Tatacara Proses Permohonan Untuk Pertimbangan Jawatankuasa Teknikal Pembangunan Kawasan Sensitif Alam Sekitar (JKTPKSAS) Negeri Selangor. Jawatankuasa Teknikal Pembangunan Kawasan Sensitif Alam Sekitar Negeri Selangor dalam mesyuarat Bil. 3/2010 pada 21 Julai 2010 telah membuat keputusan seperti berikut : Jawatankuasa telah bersetuju terhadap:- Cadangan pemakaian Opsyen ke-3 bagi Tatacara Proses Permohonan untuk pertimbangan JKTPKSAS Selangor iaitu setiap cadangan pembangunan yang melibatkan kawasan berkecerunan kelas III dan kelas IV boleh dirujuk terus kepada Jawatankuasa sebelum dikemukakan kepada Urusetia Pusat Setempat (OSC) dengan syarat pihak pemaju/pemohon perlu mendapatkan ulasan daripada Jabatan/Agensi Teknikal yang terlibat serta mematuhi keperluan senarai semak permohonan. Pemakaian tatacara permohonan ini adalah berkuatkuasa daripada tarikh mesyuarat tersebut iaitu 21 Julai 2010. Lihat carta alir disini. |
|
Selasa, 03 Ogos 2010 |
|
Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri Selangor Bil. 4/2010 telah dijadualkan seperti berikut: Tarikh : 17 Ogos 2010 (Selasa) Masa : 9.30 pagi Tempat : Bilik Persidangan Tingkat 18 JPBD Selangor, Bangunan Darul Ehsan Pengerusi : Y.A.B. Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid b. Ibrahim Dato’ Menteri Besar Selangor
|
|
Isnin, 19 Julai 2010 |
|
Salam sejahtera, Di maklumkan bahawa seksyen muat turun dokumen yang berada didalam laman web Jabatan adalah terbuka kepada semua individu. Meskipun begitu, anda di wajibkan untuk mendaftar pengenalan diri sebelum ke seksyen muat turun. Sila klik daftar jika tiada akaun.Sila klik masuk jika sudah mendaftar. |
|
|
Isnin, 08 Mac 2010 |
PengenalanJawatankuasa ini telah berkuatkuasa mulai Mac 2010. Jawatankuasa ini juga telah digabungkan dan menggantikan Jawatankuasa Keselamatan Jabatan. Fungsi Jawatankuasa - Membantu dalam pembuatan kaedah-kaedah keselamatan dan kesihatan dan sistem kerja selamat.
- Mengkaji semula keberkesanan program keselamatan dan kesihatan.
- Menjalankan kajian tentang trend kemalangan, kemalangan nyaris, kejadian berbahaya, keracunan pekerjaan atau penyakit pekerjaan di tempat kerja.
- Melaporkan kepada majikan apa-apa keadaan atau amalan yang tidak selamat atau tidak sihat di tempat kerja bersama-sama dengan cadangan untuk tindakan pembaikan
- Mengkaji semula dasar keselamatan di tempat kerja dan membuat cadangan kepada majikan bagi apa-apa penyemakan dasar itu.
|
|
Baca lagi...
|
|
|