Skip to content

Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Negeri Selangor

Increase font size Decrease font size Default font size default color black color cyan color green color red color
Utama
Advertisement
SEJARAH PENUBUHAN PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Administrator   
Selasa, 23 Oktober 2007

Sejarah Penubuhan
Sejarah Penubuhan

 

  • JPBD Selangor mula ditubuhkan dan dikenali sebagai Pejabat Perancang Bandar dan Kampung pada tahun 1958. Ianya adalah sebahagian daripada Pejabat Perancang Bandar dan Kampung Negeri Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka.

  • Pejabat Perancang Bandar dan Kampung Negeri Selangor diwujudkan pada 1 September 1960.  Pegawai Perancang Bandar dan Kampung Negeri Selangor yang pertama ialah En. W. Fairbank yang juga merupakan Pegawai Perancang Bandar bagi Jabatan Perancang Bandar dan Kampung, Negeri Sembilan dan Melaka.

  • Pada tahun 1970, Pejabat Perancang Bandar dan Kampung Negeri Selangor yang terletak di Damansara telah berpindah ke Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor di Jalan Raja, Kuala Lumpur tetapi disebabkan oleh masalah keluasan  ruang lantai dan banjir yang melanda Kuala Lumpur pada tahun 1971, pejabat ini telah dipindahkan ke Jalan Spooner, Kuala Lumpur  pada tahun 1975.

  • Pada Mei 1978, Pejabat Perancang Bandar dan Kampung Negeri Selangor telah dipindahkan ke Kompleks Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) di Shah Alam, Selangor.

  • Pada Disember 1982, pejabat  ini telah berpindah ke Bangunan Sultan
     Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam. Pada tahun 1986, nama Pejabat  Perancang Bandar dan Kampung Negeri Selangor telah ditukar dan dikenali sebagai Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Selangor.

  • Pada April 2002, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Selangor sekali lagi berpindah ke Bangunan Darul Ehsan, Shah Alam hinggalah sekarang.  

Bangunan Darul Ehsan
Pejabat Sekarang
Terakhir dikemaskini ( Selasa, 13 Januari 2009 )