Skip to content

Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Negeri Selangor

Increase font size Decrease font size Default font size default color black color cyan color green color red color
Utama arrow Lembaga Rayuan arrow Jenis Rayuan

Pilihan Bahasa

Malay

Pengarah


Dalam Talian!

Kami ada 16 tetamu dan 2 ahli online

Login Ahli






Hilang Kata laluan?
Tiada akaun lagi? Daftar

Muat Turun

 Klik banner untuk muat turun
laporan, dokumen dan lain-lain.
Muat Turun

RSS JPBDS

Klik banner untuk kandungan RSS

ANUGERAH JABATAN

 

PENSIJILAN

 S I R I M
MS ISO 9001:2008
REG. NO MY-AR 4138

Paparan Terbaik

Paparan Terbaik
      Terbaik 1024x768
Muat Turun Mozilla Firefox

Jumlah Pelawat

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini179
mod_vvisit_counterSemalam426
mod_vvisit_counterMinggu Ini605
mod_vvisit_counterBulan Ini2667
mod_vvisit_counterJumlah421477

Tarikh Kemaskini

Tarikh & Masa: Friday 6 August 2010, 04:35:16 PM

Advertisement
Jenis-jenis Rayuan PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Muhamad Azuwan Abdul Rahman   
Selasa, 26 Januari 2010

i.   Notis Permintaan

Jika tuan punya tanah merasa terkilan untuk mematuhi permintaan-permintaan atau syarat-syarat dalam notis permintaan oleh Pihak Berkuasa Tempatan dengan kelulusan Pihak Berkuasa Negeri seperti :
-    Meminta supaya diberhentikan penggunaan itu
-    Mengenakan apa-apa syarat bagi penggunaan tanah itu yang berterusan sebagaimana yang dinyatakan dalam notis permintaan itu, atau
-    Meminta supaya langkah-langkah yang dinyatakan dalam notis permintaan diambil untuk mengubah atau memindahkan bangunan kerja itu.

ii.    Rayuan Oleh Pemohon Terhadap Keputusan Majlis [Seksyen 23(1)(a)&(b)]

-    Bagi seseorang yang terkilan dengan penolakan Pihak Berkuasa Tempatan mengenai permohonan kebenaran merancang atau syarat yang dikenakan dalam memberikan kebenaran merancang.
-    Bagi seseorang yang terkilan dengan keputusan Pihak Berkuasa Tempatan berhubung dengan bantahan yang dibuat menurut Seksyen 21(b).

iii.    Amaun Pampasan (Seksyen 25(9))

Bagi seseorang yang terkilan dengan amaun sesuatu pembayaran balik atau pampasan yang ditawarkan atau dibayar kepadanya akibat penarikan balik dan pengubahsuaian kebenaran merancang dan kelulusan pelan bangunan.

iv.    Amaun Pampasan Akibat Notis Permintaan [Seksyen 30(7)]

Bagi seseorang yang tidak berpuashati dengan amaun pampasan yang ditawarkan oleh PBT akibat menanggung kerosakan yang berupa kesusutan nilai tanah, kerana mematuhi kos permintaan PBT.

v.    Rayuan Tehadap Perintah Pemeliharaan Pokok (Seksyen 35C)

Jika seseorang terkilan dengan:
a.    Suatu Perintah Pemeliharaan Pokok.
b.    Mana-mana Peruntukan dalam suatu Perintah Pemeliharaan Pokok.
c.    i. Penolakan pemberian kebenaran bertulis
ii. Mana-mana syarat yang dikenakan keatas pemberian suatu kebenaran bertulis, di bawah perenggan (a) Seksyen 35 A(2).
d.    Suatu perintah untuk menanam atau menggantikan pokok dibawah perenggan (b) Seksyen 35 A(2). 

vi.    Pampasan Di Bawah Perintah Pemeliharaan Pokok (Seksyen 35D)

Jika pemunya tanah yang tanahnya dimaksudkan oleh sesuatu Perintah Pemeliharaan Pokok yang di awardkan, membuktikan bahawa mengalami kerugian yang berupa kesusutan dalam nilai tanahnya, akibat dari mematuhi perenggan (a) hingga (d) Seksyen 35C.

vii.    Rayuan Terhadap Perintah Menggantikan Semula Pokok (Seksyen 35E)

Bilamana orang yang telah didapati bersalah di bawah Seksyen 35A(4) kerana menebang pokok yang tertakluk kepada Pemerintah Pemeliharaan Pokok, yang dikehendaki menggantikan pokok itu dengan menanam suatu pokok lain.


 ANDA INGIN MEMBUAT RAYUAN???

Jika berlaku sebarang ketidakpuasan terhadap keputusan pihak berkuasa perancang tempatan (rujuk jenis-jenis rayuan), Lembaga Rayuan mengalu-alukan rayuan dikemukakan di alamat atau email kami di:

Pendaftar Lembaga Rayuan Negeri Selangor,
D/A Jabatan Perancangan Bandar dan Desa
Negeri Selangor
Tingkat 18, Bangunan Darul Ehsan No.3 Jalan Indah,
Seksyen 14, 40646 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.
Tel: 03-5544 5490
Faks: 03-5511 3557
Email: Alamat email ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan Javascript enabled untuk melihatnya

Rayuan hendaklah dikemukakan dengan mengisi borang yang boleh didapati di Pejabat Pendaftar Lembaga Rayuan atau muat turun di laman web ini .
Proses rayuan adalah seperti Kaedah-Kaedah Lembaga Rayuan 1999 dalam Warta Kerajaan bertarikh 30hb. September, 1999, Jil. 52 No. 20 Tambahan No. 12 Perundangan.
Terakhir dikemaskini ( Selasa, 26 Januari 2010 )