|
DATO' MOHD. JAAFAR BIN MOHD. ATAN Pengarah Perancang Bandar Dan Desa, Negeri Selangor Darul Ehsan
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Alhamdulillah dan kesyukuran kepada yang Maha Esa, semangat kerja berpasukan yang diamalkan oleh semua kakitangan JPBD Selangor telah berjaya memberi khidmat perancangan yang baik kepada masyarakat. Kerjasama yang baik antara semua jabatan/agensi kerajaan mahupun swasta juga telah membantu JPBD Selangor menambahbaik proses kerja dan sistem penyampaian untuk memberi perkhidmatan yang tepat, cepat dan telus. Antara program yang telah dilaksanakan adalah “round table discussion”, publisiti, hari bersama pelanggan dan seminar dalam usaha untuk mendekatkan jabatan dengan orang awam dan profesional lain yang terdapat di Negeri Selangor Darul Ehsan.
Memberi perkhidmatan yang memuaskan kepada masyarakat adalah perkara yang diberi perhatian serius oleh JPBD Selangor semenjak penubuhan jabatan ini. Pendekatan seperti memperbaiki dan menaiktaraf laman web jabatan adalah salah satu perkara penting supaya maklumat perancangan yang lengkap dan kemaskini dapat di akses oleh semua lapisan masyarakat. Perkhidmatan secara “online”, “electronic processing” dan sebagainya memudahkan perhubungan pemohon untuk mengadakan perbincangan dengan lebih cepat dan pantas. JPBD Selangor sentiasa bersedia menangani masalah serta isu yang timbul dengan segera dan berazam supaya masalah berkenaan tidak berulang.
Terima kasih kepada semua kakitangan yang telah memberi sokongan dan kerjasama sepanjang tahun 2009.Semoga budi baik dan kerjasama anda akan berterusan sepanjang tahun mendatang. Sekian terima kasih.
|
|
Terakhir dikemaskini ( Isnin, 11 Januari 2010 )
|