| WebMel |
| Hubungi Kami |
| Audio / Visual |
| Kalendar |
| Arkib Jabatan |
| Direktori Kakitangan |
| Peta Laman |
| Lokasi |
| My Meeting |
| e-Planning Control |
| e-Lembaga Rayuan |
| Human Resource Management Information System (HRMIS) |
| JPBD |
| Pejabat Projek |
| Jabatan Negeri |
| Lembaga & Pertubuhan |
| PBT |
| Badan Berkanun |
| Persekutuan |
| NGO |
| Berita Online! |








![]() | Hari Ini | 250 |
![]() | Semalam | 304 |
![]() | Minggu Ini | 3071 |
![]() | Bulan Ini | 1911 |
![]() | Jumlah | 420720 |
| APA ITU e-AGENDA 21? |
|
|
|
| Ditulis oleh Web Master | |
| Sabtu, 12 Jun 2004 | |
|
Pembangunan Mampan ialah "pembangunan yang membolehkan generasi semasa memenuhi keperluannya tanpa mengkompromikan kemampuan generasi mendatang memenuhi keperluan mereka". Agenda 21 adalah merupakan dikumen rangka tindakan yang komprehensif secara global dan di peringkat tempatan seperti yang terdapat di dalam bidang kuasa Pihak Berkuasa Tempatan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan kumpulan berkepentingan yang terlibat dalam kesan pembangunan kepada manusia clan alam sekitar. Selangor adalah merupakan satusatunya negeri yang menerapkan konsep pembangunan mampan secara menyeluruh dan formal melalui Iltizam Pembangunan Mampan Selangor clan Agenda 21 Selangor. E-Agenda 21 adalah merupakan satu sistem yang direkabentuk hasil dari proses perkongsian membuat keputusan dalam melaksanakan Agenda 21 Selangor. la melibatkan wakil dari Kerajaan, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) clan pihak swasta. Matlamat utama e-Agenda 21 ialah mengukuhkan sistem membuat keputusan Agenda 21 Selangor melalui saluran teknologi dan informasi, ini termasuklah menyediakan sistem maklumat pembangunan mampan. Projek perintis Sistem Perancangan Bersama Rakyat ( SPBR ) adalah merupakan matlamat utama sistem ini. E-Agenda 21 bertujuan meningkatkan proses membuat keputusan menggunakan teknologi maklumat clan komunikasi (ICT) dengan menggalakkan penglibatan awam atau "participatory planning". Melalui pembangunan sistem ini, masyarakat selaku pihak awam dapat sama-sama terlibat di dalam proses membuat keputusan bagi memastikan Agenda 21 Selangor dapat dilaksanakan dengan jayanya. Projek perintis Sistem Perancangan Bersama Rakyat ( SPBR ) SPBR adalah sebuah projek perintis yang dibangunkan oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Selangor ( JPBD Selangor ) dengan kerjasama MIMOS Berhad. Penggunaan kaedah teknologi komunikasi clan maklumat ( ICT ) digunakan bagi menilai keberkesanan Agenda 21. Dalam projek perintis ini sebanyak 47 agenda telah dikenalpasti hasil daripada bengkel Agenda 21 Selangor yang telah dijalankan pada tahun 2004. Kesemua agenda tersebut telah dipaparkan secara online untuk perbincangan awam. Pihak awam juga boleh mengenalpasti agenda baru untuk dibincangkan. Selaras dengan Majlis Seranta dan Bantahan Awam bagi Rancangan Struktur Negeri Selangor 2020, sistem ini dirasakan amat sesuai sebagai saluran penglibatan awam melalui media elektronik. Penggunaan sistem ini akan memantapkan lagi hasrat Negeri Selangor mencapai wawasan "Selangor Maju 2005". Seramai 300 perwakilan dari Agensi Kerajaan, Badan Bukan Kerajaan ( NGO ) dan pihak swasta akan diberi latihan khas bagi menggunakan sistem ini. Proses Membuat Keputusan Bagi e-Agenda 21 Selangor ![]() Sistem Perancangan Bersama Rakyat Komponen Di Dalam e-Agenda 21 e-Agenda 21 Selangor merangkumi 2 bahagian iaitu projek perintis Sistem Perancangan Bersama Rakyat ( SPBR ) clan Sistem Maklumat Pembangunan Mampan ( SMPM ). Penglibatan awam dalam perancangan bersesuaian untuk digunapakai bagi meningkatkan penglibatan awam di dalam proses peiaksanaan Agenda 21. Penglibatan awam dalam perancangan merangkumi modul-modul berikut:
Sistem Makiumat Pembangunan Mampan mengandungi Pangkalan Data dan Amalan-amalan Terbaik untuk :
Penyertaan awam secara online hanya akan berjaya dengan adanya pemudahcara online yang efektif. Oleh itu adalah perlu pemudahcara online (Online Democracy Facilitators) mempunyai kemahiran clan pemahaman yang merjdalam dalam bidang tugas mereka bagi memastikan kejayaan pelaksanaan e-Agenda 21. Walau bagaimanapun, pengendalian forum secara online bukanlah satu perkara yang mudah. Pemudahcara online ( emoderator ) hendaklah memastikan setiap pandangan diambilkira. Beliau seharusnya memahami sistem membuat keputusan secara online, mempunyai kemahiran teknikal yang baik, kemahiran berkomunikasi dan pakar dalam sesuatu bidang. 7 Sifat Pengguna e-Agenda 21 Yang Baik
|
|
| Terakhir dikemaskini ( Khamis, 14 Februari 2008 ) |
| < Prev |
|---|