|
Isnin, 08 Mac 2010 |
PengenalanJawatankuasa ini telah berkuatkuasa mulai Mac 2010. Jawatankuasa ini juga telah digabungkan dan menggantikan Jawatankuasa Keselamatn Jabatan. Fungsi Jawatankuasa - Membantu dalam pembuatan kaedah-kaedah keselamatan dan kesihatan dan sistem kerja selamat.
- Mengkaji semula keberkesanan program keselamatan dan kesihatan.
- Menjalankan kajian tentang trend kemalangan, kemalangan nyaris, kejadian berbahaya, keracunan pekerjaan atau penyakit pekerjaan di tempat kerja.
- Melaporkan kepada majikan apa-apa keadaan atau amalan yang tidak selamat atau tidak sihat di tempat kerja bersama-sama dengan cadangan untuk tindakan pembaikan
- Mengkaji semula dasar keselamatan di tempat kerja dan membuat cadangan kepada majikan bagi apa-apa penyemakan dasar itu.
|
|
Baca lagi...
|
|
Isnin, 08 Mac 2010 |
|
Dalam tempoh seminggu yang lepas (21 – 27 Februari 2010) seramai 263 pesakit baru dengan simptom Influenza-Like Illness (ILI) telah dimasukkan ke hospital untuk rawatan dan sementara itu 272 kes pula telah discaj keluar. Baki kes ILI yang masih dirawat di seluruh negara pada hari terakhir minggu epid 08/2010 (27 Februari 2010) adalah sebanyak 335 kes di 40 buah hospital kerajaan dan 4 buah hospital swasta. Daripada jumlah tersebut, 17 pesakit atau 5.1% merupakan kes Influenza A(H1N1) yang disahkan melalui ujian makmal. Sehingga 27 Februari 2010, jumlah terkumpul kes positif influenza A(H1N1) adalah 12,456. Untuk makluman, terdapat lapan (8) kes H1N1 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dimana lima (5) daripadanya mempunyai faktor risiko. |
|
Baca lagi...
|
|
Isnin, 01 Mac 2010 |
|
MURNInet merupakan pendekatan yang dapat mengukur serta menilai kemampanan sesebuah bandar dan kawasan gabungannya melalui penggunaan 38 petunjuk - petunjuk bandar mampan. Pelaksanaan Petunjuk Bandar Mampan (MURNInet) adalah satu aplikasi bagi mewujudkan pengkalan data dalam bentuk digital yang dapat mengukur kemampanan bandar dan juga dapat memberi gambaran pencapaian kemampanan bagi sesebuah Pihak Berkuasa Tempatan secara berterusan. Kepentingan MURNInet:
i. Mengenalpasti tahap masalah, tahap kualiti bandar & mengemukakan cadangan - cadangan penyelesaian;
ii. Memperbaiki tahap perkhidmatan & tahap kemudahan kepada penduduk;
iii. Mendapatkan / menyediakan peruntukan bagi menyelesaikan masalah penduduk;
iv. Menjadi pengukur & menggalakkan kemasukkan pelabur tempatan dan asing berdasarkan status kemampanan sesebuah bandar. |
|
Baca lagi...
|
|
Isnin, 01 Mac 2010 |
|
1.1 Pada awal tahun 2004, Jemaah Menteri telah mengarahkan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menyediakan satu program bagi membenteras kegiatan jenayah di peringkat PBT. 1.2 Pada akhir tahun 2004, KPKT telah memperakukan 23 langkah Pencegahan Jenayah di bawah Program Bandar Selamat yang melibatkan 3 strategi iaitu merekabentuk persekitaran fizikal, memperkasakan kawasan sasaran serta kegiatan sosial / kemasyarakatan dan pendidikan / kesedaran awam. 1.3 Sejak Disember 2005, Kementerian Perumahan Kerajaan Tempatan telah melaporkan pelaksanaan Program Bandar Selamat bagi Majlis Bandaraya dan Majlis Perbandaran kepada Kabinet berdasarkan jumlah langkah yang dilaksanakan oleh PBT. 1.4 Bagi Negeri Selangor, selain Majlis Bandaraya dan Majlis Perbandaran pelaksanaan Program Bandar Selamat turut diperluaskan kepada empat Pihak Berkuasa Tempatan yang bertaraf Majlis Daerah iaitu Majlis Daerah Kuala Langat, Majlis Daerah Kuala Selangor, Majlis Daerah Hulu Selangor dan Majlis Daerah Sabak Bernam. 1.5 Pelaporan bagi pelaksanaan Program Bandar Selamat PBT Negeri Selangor Tahun 2009 telah dilaporkan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri Bil. 5/2009 pada 30 Oktober 2009. (Rujuk Jadual 1). |
|
Baca lagi...
|
|
Khamis, 14 Januari 2010 |
|
JPBD Negeri Selangor ke Arah MS ISO 9001:2008 telah di audit oleh SIRIM QAS pada 31 Disember 2009. Hasil audit berkenaan didapati TIADA NCR dan dua penambahbaikan sahaja. Sekian. |
|