Unit Pembangunan Mampan Selangor bertanggungjawab
melaksana, menyelaras dan melapor kemajuan program pembangunan mampan
Selangor kepada Jawatankuasa Pemandu Pembangunan Mampan Selangor. Skop
kerja pembangunan mampan dan Agenda 21 Selangor melibatkan pengurusan
projek/aktiviti LA 21 dan Agenda 21 Selangor seperti berikut:
Urusetia
Mesyuarat
• Mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan Mampan Negeri
Selangor; (2 kali setahun);
• Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Alam Sekitar; ( 2 kali setahun);
• Mesyuarat Pegawai-Pegawai Pembangunan Mampan; (Untuk 12 Pihak
Berkuasa Tempatan);
• Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal MURNInet; ( Untuk 12 Pihak Berkuasa
Tempatan);
• Mesyuarat Penyelarasan Pelaksanaan MURNInet seluruh Selangor; ( 4
kali setahun);
• Mesyuarat Jawatankuasa Perlaksanaan E-Agenda 21 Selangor; (2 kali
setahun).
Projek / Aktiviti
• Melaksana dan menyelaras Program Pembangunan
Mampan Selangor melalui ketetapan yang telah dicapai oleh Majlis
Pembangunan Mampan Selangor (Jawatankuasa Perancang Negeri Selangor),
Jawatankuasa Pemandu dan Jawatankuasa Pelaksana Pembangunan Mampan
Negeri Selangor ;
• Menyediakan sokongan maklumat dan kesetiausahaan kepada Majlis
Pembangunan Mampan Selangor ;
• Menyelaras pelaksanaan program-program dan projek-projek peringkat
Negeri Selangor ;
• Menyelaras pelbagai aktiviti di peringkat agensi pelaksana, Pihak
Berkuasa Tempatan (PBT), Badan Swasta dan Pertubuhan Masyarakat;
• Mempromosi Pembangunan Mampan Selangor seperti menyediakan bahan
promosi, mengadakan pameran, taklimat dan seminar berkaitan
pembangunan Mampan, Agenda 21 Selangor dan Agenda 21 Tempatan;
• Melaksanakan Sessi ’Teach-In’ MURNInet kepada semua PBT Selangor;
• Membangunkan Penunjuk Pembangunan Mampan dan menyediakan Laporan
Tahunan status Pembangunan Mampan Negeri ;
• Pelaksanaan E-Agenda 21 Selangor Untuk Meningkatkan “Participatory
Planning” Dan Penglibatan Masyarakat Dalam Agenda 21 Tempatan;
• Melaksanakan Sessi Latihan E-Agenda 21 Selangor kepada Jabatan
Kerajaan, NGO, IPTA , NGO, Badan Swasta dan Orang Awam ; dan
• Menyelaras pengumpulan maklumat Pelaksanaan Bandar Selamat di Negeri
Selangor.