JPBD Negeri Selangor di Bangunan Darul Ehsan
di tingkat 15 hingga 18 mulai Mei 2002

SEJARAH PENUBUHAN

JPBD Selangor ditubuhkan sebagai Pejabat Perancang Bandar dan Kampung pada tahun 1958 sebagai sebahagian daripada Pejabat Perancang Bandar dan Kampung Negeri Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka. Pada awalnya pejabat ini ditempatkan bersama dengan Ibu Pejabat Perancang Bandar dan Kampung di Damansara, Kuala Lumpur.

Pegawai Perancang Bandar dan Kampung Negeri Selangor yang pertama ialah En. W. Fairbank yang juga pegawai kepada Jabatan Perancang Bandar dan Kampung Negeri Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka. Pejabat Perancang Bandar dan Kampung Negeri Selangor diwujudkan pada 1hb. September 1960.

Pada tahun 1970, pejabat ini telah berpindah ke Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor di Jalan Raja tetapi disebabkan oleh masalah luas ruang lantai dan banjir yang melanda Kuala Lumpur pada tahun 1971, pejabat ini dipindahkan ke Jalan Spooner pada tahun 1975.

Pada Mei 1978, Pejabat Perancang Bandar dan Kampung Negeri Selangor dipindahkan ke Kompleks Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor ( PKNS ) di Shah Alam. Jumlah kakitangan Jabatan pada ketika itu adalah seramai 54 orang.

Pada bulan Disember 1982, jabatan ini telah berpindah ke Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam. Selepas 20 tahun beroperasi di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, jabatan sekali lagi berpindah ke Bangunan Darul Ehsan, Shah Alam pada Mei 2002, dan kekal sehingga sekarang.

top top

 
 
 
 
 
HAKCIPTA © 2005 JPBD SELANGOR.
TKT 15-18 Bangunan Darul Ehsan, No.3 Jalan Indah, Seksyen 14, 40646 Shah Alam,
  Selangor Darul Ehsan
Tel: 03-5544 5400 Faks: 03-5511 3557, 03-5510 5051
Laman Web ini sesuai dilayari oleh semua jenis pelayar web dan resolusi terbaik adalah 800x600 ke atas.
Penafian: Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Selangor (JPBD) adalah tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat, atau daripada kecacatan atau kesilapan kandungan di dalam laman web ini.