jata Agensi di bawah
Kerajaan Negeri Selangor

email facebook twitter youtube rss

Jenis Font: Arial | PT Sans | Century
A A A A
A- A A+

RFN (Rancangan Fizikal Negara)

RANCANGAN FIZIKAL NEGARA KE 3 (RFN 3)

Akta Perancangan Bandar dan Desa, 1976 (Akta 172) merupakan asas perundangan di dalam penyediaan Rancangan Fizikal Negara. Bagi memastikan kesesuaian dan perubahan dengan keperluan semasa, Sub-Seksyen 6B (4) Akta 172 menetapkan keperluan RFN untuk dikaji semula setiap lima tahun selaras dengan Kajian Semula Rancangan Malaysia Lima Tahun, atau apabila diarahkan oleh Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN).
RFN Ke-3 mengambil pendekatan memperkemas dan memperincikan dasar-dasar perancangan spatial RFN1 dan RFN2 yang telah melalui dua (2) kali proses kajian semula dalam membentuk hala tuju strategik. Strategi dan tindakan pelaksanaan sedia ada dimantapkan dan dasar-dasar sektoral dalam pelbagai aspek seperti ekonomi, alam sekitar dan sosial turut diterapkan dalam cadangan hala tuju strategik RFN Ke-3. RFN Ke-3 ini juga menekankan kepada pembangunan dan perancangan yang mampan sebagai prinsip utama dalam mencapai sebuah negara yang berdaya tahan dan berdaya huni pada tahun 2040.
Perancangan fizikal dan spatial dalam RFN Ke-3 ini akan menjurus kepada keterangkuman kesemua fokus utama iaitu Pertumbuhan (Growth), DayaTahan (Resiliency), Daya Huni (Liveability) dan Kemampanan (Sustainability).

MATLAMAT
Membentuk Negara yang Berdaya Tahan dan Berdaya Huni

TERAS
Tiga (3) teras utama RFN Ke-3 iaitu Pertumbuhan Dinamik Bandar dan Luar Bandar, Kemampanan Spatial dan Daya Tahan Terhadap Perubahan Iklim dan Pembangunan Komuniti Inklusif dan Berdaya Huni seperti berikut:-

Teras 1 (PD) : Pertumbuhan Dinamik Bandar dan Luar Bandar
PD 1 - Pertumbuhan Bandar yang Seimbang
PD 2 - Pembangunan Luar Bandar yang Bersepadu
PD 3 – Hubungan dan Akses yang Dipertingkatkan

Teras 2 (KD) : Kemampanan Spatial dan Daya Tahan terhadap Perubahan Iklim
KD 1 – Pengurusan Mampan Sumber Asli, Sumber Makanan dan Sumber Warisan
KD 2 - Perancangan Guna Tanah Holistik
KD 3 - Bandar Rendah Karbon dan Infrastruktur Mampan

Teras 3 (KI) : Pembentukan Komuniti Inklusif dan Berdaya Huni
KI 1 – Persekitaran Kehidupan Lengkap dan Berkualiti
KI 2 – Persekitaran Komuniti Berdaya Huni
KI 3 – Keterlibatan dan Kolaborasi Komuniti

RFN3

 

Cetak Emel