RT (Rancangan Tempatan)

RANCANGAN TEMPATAN

Rancangan Tempatan (RT) adalah satu pernyataan bertulis yang mengandungi suatu peta dan suatu pernyataan bertulis yang disokong oleh garis panduan pelaksanaan sepertimana yang digariskan dalam Subseksyen 12(3), Akta 172. Ianya menerangkan dengan lebih terperinci segala dasar-dasar dan cadangan-cadangan umum untuk pemajuan dan penggunaan tanah serta menterjemahkan dan memperincikan dasar-dasar strategik Rancangan Struktur kepada bentuk fizikal yang lebih terperinci dan praktikal. Rancangan Tempatan juga menerangkan secara terperici segala cadangan Pihak Berkuasa Perancang Tempatan (PBPT) berhubung dengan aktiviti pemajuan dan penggunaan tanah.

Bahagian III, Seksyen 12 hingga 16A, Akta Perancangan Bandar & Desa, 1976 [Akta 172]
• Mengandungi peta cadangan dan pernyataan bertulis berkenaan cadangan pemajuan dan penggunaan tanah dan bangunan secara terperinci bagi kawasan PBPT
• Kawasan perancangan meliputi sempadan kawasan PBPT
• Rancangan Tempatan disediakan oleh Pihak Berkuasa Perancang Tempatan (PBPT) atau Pengarah JPBD Negeri
• Rancangan Tempatan diluluskan oleh Jawatankuasa Perancang Negeri (JPN)
• Rancangan Tempatan hendaklah dimaklumkan dan dipersetujui oleh Pihak Berkuasa Negeri (PBN)

Mengikut Subsyeksyen 12(3)A pula, penyediaannya adalah bagi mengadakan rumusan dan perincian oleh PBPT mengenai cadangannya bagi :

• Memajukan tanah
• Melindungi dan memperelok alam sekitar
• Memelihara topografi semulajadi
• Memperelok lanskap
• Memelihara dan menanam pokok dalam
• Mengadakan tanah lapang dalam
• Memelihara dan mengindahkan ciri dan rupa bangunan
• Memperbaiki sistem komunikasi
• Mengendalikan lalulintas

KEPERLUAN PENYEDIAAN RANCANGAN TEMPATAN

Keperluan Penyediaan RT termasuklah:
• Menterjemah dan melaksanakan strategi RS
• Mengemukakan garis panduan serta asas terperinci bagi memudahkan pembangunan
• Mengemukakan arah tuju pembangunan kawasan perancangan tempatan untuk pertimbangan dan maklumbalas awam.

FUNGSI PENYEDIAAN RANCANGAN TEMPATAN

• Mentafsir dasar dan cadangan umum yang terkandung dalam RS ke dalam bentuk fizikal
• Menyediakan garis panduan asas kepada PBT, Agensi-agensi Kerajaan dan Swasta dalam pembangunan kawasan kajian
• Merumuskan garis panduan kawalan pembangunan untuk memudahkan proses-proses perlaksanaan RT
• Mengenalpasti keutamaan kawasan tindakan yang perlu tindakan segera kawasan RKK

RANCANGAN TEMPATAN (RT) DALAM NEGERI SELANGOR:

 BIL.  RANCANGAN TEMPATAN  STATUS WARTA  TARIKH WARTA
 1.  Rancangan Tempatan Petaling Jaya 1  Telah Warta  13.03.2003
 2.  Rancangan Tempatan Petaling Jaya 2  Telah Warta  13.01.2011
 3.  Rancangan Tempatan Majlis Bandaraya Shah Alam 2020  Telah Warta  27.05.2010
 4.  Rancangan Tempatan Majlis Perbandaran Subang Jaya 2020  Telah Warta  27.05.2010
 5.  Rancangan Tempatan Majlis Perbandaran Kajang 2020  Telah Warta  20.01.2011
 6.  Rancangan Tempatan Majlis Perbandaran Sepang 2035  Telah Warta  19.01.2017
 7.  Rancangan Tempatan Majlis Perbandaran Selayang 2020  Telah Warta  20.01.2011
 8.  Rancangan Tempatan Majlis Perbandaran Ampang Jaya 2020  Telah Warta  26.05.2011
 9.  Rancangan Tempatan Klang (Pengubahan 1) Majlis Perbandaran Klang 2020  Telah Warta  31.01.2013
 10.  Rancangan Tempatan Majlis Daerah Kuala Selangor 2025  Telah Warta  28.04.2015
 11.  Rancangan Tempatan Majlis Daerah Kuala Langat 2030  Telah Warta  05.07.2018
 12.  Rancangan Tempatan Majlis Daerah Hulu Selangor 2020  Telah Warta  20.01.2011
 13.  Rancangan Tempatan Majlis Daerah Sabak Bernam 2025  Telah Warta  08.10.2015

Cetak