jata Agency of
Selangor State Government

email facebook twitter youtube rss

Jenis Font: Arial | PT Sans | Century
A A A A
A- A A+

Sumbangan Kebajikan

Bil. SUMBANGAN KEWANGAN JUMLAH (RM)
1. Khairat kematian Ahli dan keluarga ahli) 100
2. Hospitaliti Ahli 100
Keluarga 50
3. Perkahwinan Ahli 50
4. Kelahiran Anak pertama di JPBD 50
5. Pertukaran / berpindah ke jabatan lain 0 – 6 bulan 30
6 bln – 5 thn 50
> 5 thn 100
6. Pendidikan – pelajar cemerlang
  • Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR)
- > 3A 50
  • Peperiksaan Menengah Rendah (PMR)
- > 5A 100
  • Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
- > 5A 150
  • Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM)
- > 2A 150
7. Persaraan 300

Print Email

Aktiviti Jawatankuasa Kebajikan & Sosial KSK & Kebajikan JPBD Selangor

LAPORAN AKTIVITI BIRO SUKAN DAN REKREASI

KELAB SUKAN DAN KEBAJIKAN JPBD SELANGOR.

Di bawah Biro Sukan & Rekreasi ini, pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang tahun 2005 dan 2006, seperti yang berikut:

Bil.

Tarikh

Aktiviti

Lokasi

1.

11.3.2005

Mengadakan Perlawanan Pingpong Persahabatan dengan Jabatan Pertanian Negeri Selangor

Tkt Teratas, Bgn Darul Ehsan

2.

9.5.2005

Mengadakan Perlawanan Badminton persahabatan dengan Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Negeri Kelantan, sempena lawatan jabatan tersebut ke Selangor.

Dewan Orangramai Sek.7 Shah Alam

3.

10.7.2005

Mengadakan Pertandingan Golf Amal dengan bertemakan ‘Golf Amal Masyarakat Selangor Sejahtera 2005’ dengan penyertaan pelbagai agensi kerajaan dan swasta.

Kinrara Golf and Country Club, Puchong, Selangor.

4.

25.3.2006

Pertandingan Futsal Antara Bahagian anjuran KSK JPBD HQ. KL (KESPERB 06)

Score Arena, Jln Kuchai Lama, K.Lumpur

5.

13-17.5.2006

Menyertai Karnival Sukan Nasional JPBD (SUKNA) 2006

UTM Skudai Johor.

6.

2.12.2006

Menyertai aktiviti ‘Treasure Hunt dari Petaling Jaya – Pusat Serenti Dengkil’ yang dianjurkan oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan dan berjaya muncul sebagai Naib Juara (tempat ke-2).

Agensi Dadah Kebangsaan, K.Lumpur

 

Print Email

Perlembangaan KSK

PERATURAN KELAB SUKAN DAN KEBAJIKAN JABATAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA NEGERI SELANGOR, SHAH ALAM

Peraturan 1 Nama dan Alamat Berdaftar dan Tempat Urusan
1.1 Kelab ini dikenali sebagai Kelab Sukan dan Kebajikan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Selangor Darul Ehsan.
1.2 Tempat urusan kelab ini ialah di Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Selangor Darul Ehsan, Tingkat 15 -18 Bangunan Darul Ehsan , No.4 Jalan Indah, Seksyen 14, 40646 Shah Alam.
Peraturan 2 Logo
Logo Kelab Sukan dan Kebajikan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Selangor Darul Ehsan melambangkan ciri-ciri seperti di bawah ini

{gallery}KSK{/gallery}
Klik untuk melihat logo besar

2.1 3 lengkung membentuk perkataan “S” membawa maksud yang jelas bahawa Kelab ini bernaung di Negeri Selangor dan membuktikan rasa cinta dan kasih ahli-ahli Kelab kepada Negeri Selangor.
2.2 3 lengkung S membawa maksud Siasah, Sosial dan Sukan yang merupakan peranan utama Kelab dalam mempereratkan perpaduan dan kerjasama ahli-ahli kelab
2.3 Perkataan KSK yang berwarna merah membawa maksud Kelab Sukan dan Kebajikan JPBD Selangor
2.4 Warna-warna yang digunakan dalam logo ialah warna merah dan kuning melambangkan warna bendera Negeri Selangor, warna hijau dan hitam melambangkan warna JPBD
Peraturan 3 Tujuan-tujuan Kelab
3.1 Memajukan pergerakkan-pergerakan sukan, kebajikan, agama, siasah dan sosial / kebudayaan ahli-ahlinya
3.2 Menanamkan semangat perasaan muhibbah dan harmoni di antara ahli-ahli
3.3 Untuk menambah dan menguruskan tabung kewangan kelab ini bagi melaksanakan tujuan-tujuan di atas.
Peraturan 4 Penasihat / Penaung
4.1 Penasihat dan Penaung Kelab ini adalah Pengarah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Selangor Darul Ehsan
Peraturan 5 Keahlian
5.1 Semua lapisan pegawai ( tetap, kontrak, sambilan,sangkut ) adalah ahli Kelab Sukan dan Kebajikan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa
5.2 Pelajar IPTA yang menjalankan latihan amali di Jabatan ini dianggap sebagai Ahli Kelab Sementara sehingga tempoh latihan amali tamat.
5.3 Setiap ahli kelab dikenakan yuran keahlian seperti Peraturan 6.
5.4 Ahli Kelab Sementara tidak dikenakan sebarang yuran keahlian.
Peraturan 6 Yuran Keahlian
6.1 Bayaran yuran keahlian (mengikut tangga gaji hakiki) adalah seperti berikut:
Kurang dari RM 1000 RM 3
RM 1001 - 1500 RM 5
RM 1501 - 2000 RM 7
RM 2001 - 2500 RM 9
RM 2501 - 3000 RM 11
RM 3001 - 3500 RM 13
RM 3501 dan keatas RM 15
6.2 Bayaran yuran keahlian adalah secara melalui pemotongan gaji setiap bulan dan hendaklah dibayar tiap-tiap bulan.
6.3 Sebarang perubahan berkenaan dengan kadar yuran ahli-ahlli hendaklah ditetapkan di Mesyuarat Agong.
Peraturan 7 Pemberhentian dan Pemecatan Ahli
7.1 Seorang Ahli berhenti menjadi ahli kelab ini atas sebab-sebab berikut :
7.2 Meninggal Dunia
7.3 Tidak Siuman
7.4 Meletakan / melepaskan jawatan di jabatan ini
7.5 Bertukar ke pejabat lain
7.6 Dibuang kerja
7.7 Bercuti belajar di dalam / di luar negeri
Peraturan 8 Mesyuarat Agong
8.1 Mesyuarat Agong dua tahun sekali hendaklah diadakan selewat-lewatnya pada bulan Mac. Mesyuarat ini adalah untuk membincangkan perkara-perkara berikut :-
8.11 Mengesahkan Minit Mesyuarat Agong dua tahun sekali yang lalu dan sebarang Minit-minit Mesyuarat Agong Luar Biasa.
8.12 Meluluskan Laporan Tahunan Kelab dan Penyata Kira-kira tahunan yang telah diaudit.
8.13 Melantik Ahli-ahli Jawatankuasa bagi sesi yang baru.
8.14 Melantik dua orang Juru Audit Kehormat
8.15 Membincangkan perkara-perkara lain yang telah dikemukakan dengan bersurat sekurang-kurangnya tujuh (7) hari sebelum mesyuarat tersebut kepada Setiausaha Kehormat.
8.2 Pengumuman Mesyuarat Agong dua tahun sekali bersama dengan laporan tahunan kelab, penyata kira-kira yang telah diauditkan dan agenda mesyuarat hendaklah dikirimkan kepada tiap-tiap ahli kelab sekurang-kurangnya 14 hari sebelum mesyuarat tersebut. Pengumuman ini juga hendaklah ditunjukkan dengan jelas kelihatan di tempat urusan kelab ini.
8.3 Koram bagi Mesyuarat Agong dua tahun sekali ini ialah setengah daripada ahli-ahli yang didaftarkan atau 30 orang ahli-ahli yang hadir mengikut mana yang kurang.
8.4 Segala usul, cadangan dan sebagainya hendaklah ditetapkan dengan cara undi. Jika sekiranya undi itu sama banyak maka Presiden hendaklah menggunakan hak undi pemutus.
Peraturan 9 Mesyuarat Agong Luar Biasa
9.1 Mesyuarat Agong Khas selain daripada Mesyuarat Agong dua tahun sekali hendaklah dinamakan Mesyuarat Agong Luar Biasa.
9.2 Mesyuarat Agong luar Biasa boleh dipanggil oleh Jawatankuasa apabila dianggap perlu atau atas permintaan daripada 1/3 jumlah Ahli-ahli Kelab yang menandatangani satu surat untuk mengadakan mesyuarat tersebut. Surat ini hendaklah dikemukakan kepada Setiausaha Kehormat Kelab dengan menyatakan sebab-sebab hendak mengadakan mesyurat agong luar biasa. Adalah menjadi tanggungjawab kelab ini untuk mengadakan mesyuarat ini tidak lewat daripada 3 minggu daripada tarikh diterima surat ini.
9.3 Perkara yang akan dibincangkan di Mesyuarat Agong Luar Biasa ini akan hanya terhad kepada kepada perkara-perkara yang tercatat di dalam notis yang diedarkan.
9.4 Notis dan koram bagi mangadakan Mesyuarat Agong Luar Biasa adalah sama seperti Mesyuarat Agong Dua Tahun Sekali.
Peraturan 10 Jawatankuasa Kelab
10.1 Urusan-urusan kelab ini hendaklah dikendalikan oleh sebuah Jawatankuasa yang dilantik dalam Mesyuarat Agong Dua Tahun sekali secara undian yang terdiri daripada :
  1. Presiden
  2. Timbalan Presiden
  3. Setiausaha Kehormat
  4. Bendahari Kehormat
  5. Lima orang Ahli Exco
  6. Presiden berhak melantik tiga (3) orang Ahli Exco Tambahan dan pengganti kepada mana-mana Ahli Exco yang berhenti menjadi ahli kelab.
Bagi jawatan Presiden, Timbalan Presiden, Setiausaha Kehormat dan Bendahari Kehormat, seorang ahli tidak boleh memegang jawatan tersebut melebihi dua penggal berturut-turut.
10.2 Semua Ahli-ahli Jawatankuasa dan Pegawai yang menjalankan tugas-tugas dan urusan-urusan kelab ini hendaklah terdiri daripada ahli-ahli kelab ini dan mesti warganegara Malaysia.
10.3 Ahli-ahli Jawatankuasa yang tidak hadir Mesyuarat Jawatankuasa tiga kali berturut-turut dengan tidak memberikan sebab-sebabnya adalah dengan sendirinya terlucut dari jawatanya dan Jawatankuasa berkuasa mengisi sebarang jawatan yang dikosongkan itu.
10.4 Jawatankuasa hendaklah mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya dua bulan sekali dan Setiausaha Kehormat hendaklah menghantar notis mesyuarat.
10.5 Mesyurat Jawatankuasa Khas boleh dipanggil oleh Setiusaha Kehormat apabila perlu atau apabila ia dipinta oleh 5 orang Ahli Jawatankuasa dengan memberi notis tiga (3) hari terlebih dahulu.
10.6 Kehadiran 6 orang Ahli Jawatankuasa merupakan koram dan sekiranya Presiden tidak hadir maka hendaklah Timbalan Presiden hendaklah mempengerusikan mesyuarat.
10.7 Hanya Jawatankuasa sahaja yang berkuasa meluluskan perbelanjaan daripada tabung wang kelab ini tertakluk kepada Peraturan 12.4.
10.8 Jawatankuasa berkuasa melantik Jawatankuasa Kecil apabila perlu.
10.9 Keputusan Jawatankuasa hendaklah dibuat secara persetujuan ramai. Sekiranya diperlukan keputusan bolehlah juga dibuat secara sulit. Di dalam keadaan undi sama banyak Presiden mempunyai undi pemutus.
10.10 Hanya Jawatankuasa sahaja yang berkuasa memberi tafsiran peraturan-peraturan kelab ini dan sebarang ketetapan yang dibuat oleh Jawatankuasa adalah muktamad dan semua ahli-ahli kelab hendaklah mematuhi kecuali dirombak oleh ahli-ahli di dalam Mesyuarat Agong.
Peraturan 11 Tugas-tugas Ahli Jawatankuasa
11.1 Presiden
  1. Mempengerusikan semua Mesyuarat Jawatankuasa, Mesyuarat Agong Luar Biasa.
  2. Bertanggungjawab di atas segala hal ehwal berkaitan dengan kelab
  3. Menandatangani semua cek-cek dan urusan keluar / masuk wang dari akuan bank bagi kelab ini bersama Bendahari Kehormat.
11.2 Timbalan Presiden
  1. Menjalankan tugas-tugas Presiden sewaktu ketiadaan Presiden.
  2. Bertanggungjawab membantu Presiden di atas segala hal ehwal berkaitan kelab
  3. Menandatangani cek-cek dan urusan keluar/masuk wang dari akaun bank bagi kelab ini atas arahan Presiden.
11.3 Setiausaha Kehormat.
  1. Menghadiri semua Mesyuarat Kelab ini
  2. Menyimpan satu buku daftar ahli-ahli
  3. Menyimpan buku peringatan yang betul mengenai sebarang butir-butir mesyuarat agong dan mesyuarat jawatankuasa kelab
  4. Menjalankan semua kerja-kerja surat menyurat bagi pihak kelab.
  5. Menandatangani cek-cek dan urusan keluar/masuk wang dari akaun bank bagi kelab ini atas arahan Presiden.
11.4 Bendahari Kehormat
  1. Mengutip yuran bulanan
  2. Mengeluarkan resit-resit rasmi bagi sbarang bayaran yang diterima dan mengluarkan wang bagi pihak kelab.
  3. Menyediakan penyata bulanan berhubung dengan semua wang penerimaan dan perbelanjaan dengan terang untuk dibawa ke setiap mesyuarat jawatankuasa.
  4. Menjaga satu kira-kira wang yang disimpan di dalam bank atas nama kelab dan segala urusan keluar / masuk wang hendaklah ditandatangani oleh Bendahari Kehormat bersama dengan Presiden.
  5. Menandatangani semua cek-cek bagi pihak kelab bersama dengan Presiden Kelab / Timbalan Presiden / Setiausaha Kehormat.
11.5 Ahli Exco
Membantu Jawatankuasa yang dilantik menjalankan semua tugas-tugas dan urusan kelab
Peraturan 12 Juruaudit Kehormat
12.1 Dua (2) orang Juruaudit hendaklah dilantik di dalam Mesyuarat Agung dua tahun sekali. Sekiranya mana-mana Juruaudit berhenti menjadi ahli kelab ini, maka jawatankuasa kelab ini hendaklah dilantik penggantinya dengan secepat mungkin.
12.2 Buku–buku kira-kira dan lain-lain dokumen berkaitan dengan kewangan hendaklah diaudit dan disahkan.
Peraturan 13 Kewangan
13.1 Kelab ini boleh berusaha untuk mendapatkan wang bagi menjalankan aktiviti-aktiviti kelab.
13.2 Semua wang kelab hendaklah disimpan di bank yang dipersetujui oleh Jawatankuasa dan Bendahari Kehormat berkuasa menyimpan dalam tangannya tidak melebihi sebanyak RM500.00 – untuk belanja runcit (pettycash)
13.3 Tahun kewangan bermula dari 1hb. Januari hingga 31hb. Disember.
13.4 Semua perbelanjaan yang melebihi RM5,000.00 hendaklah dimaklumkan kepada ahli-ahli
13.5 Semua perbelanjaan yang melebihi RM50,000.00 hendaklah dirujuk dan dimaklumkan kepada ahli-ahli untuk mendapatkan persetujuan majoriti.
Peraturan 14 Tegahan
14.1 Kelab ini tidak boleh digunakan untuk keperluan yang menyalahi Undang-undang Kerajaan.
14.2 Kelab ini tidak boleh mencampuri dalam hal yang bersangkut paut dengan kegiatan siasah.
14.3 Kelab ini tidak boleh mengeluarkan apa-apa faedah seperti mana yang ditakrifkan dalam Sek.2 Akta Pertubuhan 1966 kepada ahli-ahli atau tanggungan-tanggungan mereka.
Peraturan 15 Pindaan Peraturan Kelab
15.1 Peraturan kelab ini tidak boleh dipinda melainkan dalam Mesyuarat Agong Dua Tahun Sekali atau Mesyuarat Agong Luar Biasa. Segala pindaan ini tidak akan berjalan kuat kuasanya sebelum mendapat kelulusan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia. Pindaan–pindaan yang diluluskan oleh Mesyuarat Agong hendaklah dihantar kepada Pendaftar Pertubuhan dalam tempoh 28 hari dari tarikh Mesyuarat Agong tersebut
Peraturan 16 Pembubaran
16.1 Kelab ini tidak boleh dibubarkan melainkan dengan persetujuan tidak kurang dari 2 / 3 daripada ahli-ahli kelab ini dengan ikrar sendiri dalam Mesyuarat Agong kerana tujuan ini.
16.2 Sekiranya kelab ini dibubarkan mengikut cara tersebut diatas segala hutang piutang yang sah mengikut undang-undang hendaklah diselesaikan dan baki wangnya dibahagikan sama rata kepada ahli-ahlinya atau didermakan kepada Badan-badan Kebajikan.
16.3 Kenyataan pembubaran kelab ini hendaklah disampaikan kepada pihak Pendaftar Pertubuhan dalam masa 14 hari daripada tarikh kelab ini dibubarkan.

Print Email

Logo KSK

Logo Kelab Sukan dan Kebajikan
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa
Negeri Selangor darul Ehsan.

 

Logo Kelab Sukan JPBDS
Logo Kelab Sukan JPBDS

 

Print Email