jata Agensi di bawah
Kerajaan Negeri Selangor

email facebook twitter youtube rss

Jenis Font: Arial | PT Sans | Century
A A A A
A- A A+

Intipati Seminar Hari Perancangan Bandar Sedunia (HPBS) 2018

SELANGOR KE ARAH BANDAR BERDAYA HUNI
(SELANGOR : TOWARDS LIVEABLE CITIES)
SEMPENA SAMBUTAN HARI PERANCANGAN BANDAR SEDUNIA
PERINGKAT NEGERI SELANGOR TAHUN 2018

Tarikh     :   30 Oktober 2018 (SELASA)
Masa  :     8.00 pagi – 5.00 petang
Tempat      :   Pusat Konvensyen Setia City Setia Alam, Selangor
Disempurnakan oleh  : Duli Yang Maha Mulia Sultan
Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj

 

PENGENALAN

Hari perancangan Bandar Sedunia disambut pada 8 November setiap tahun di hampir 30 negara diseluruh dunia. Sambutan tersebut bertujuan untuk meraikan dan menghargai peranan perancangan bandar dalam perancangan dan pembangunan khususnya ke arah mewujudkan persekitaran kehidupan yang berkualiti dan pembentukan masyarakat yang sejahtera. Pada tahun ini, PLANMalaysia@Selangor (Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Selangor) akan mengadakan sambutan tersebut peringkat Negeri Selangor dengan menganjurkan seminar yang bertema Selangor : Ke Arah Bandar Berdaya Huni (Selangor : Towards Liveable Cities). Pembentangan kertas-kertas kerja adalah merangkumi dasar-dasar, kaedah dan kajian-kajian seperti ringkasan berikut:

  1. GARIS PANDUAN TANAH GAMBUT

Oleh : Encik Ahmad Nizam bin Hasan
Principle / Specialist Geologist
Geosolution Resources

Ringkasan kertas Kerja :

Memandangkan sektor pembinaan di negara ini, menghadapi masalah dan kesukaran dalam melaksanakan sesuatu projek di kawasan tanah gambut, maka dengan inisiatif kerajaan negeri Selangor dalam menghasilkan suatu garis panduan umum dan khusus dalam perancangan dan pembinaan di kawasan tersebut dapat membantu agensi pelaksana, pemaju-pemaju, perunding perancang bandar, perunding geoteknikal dan pihak awam untuk memilih, merancang dan membangun tapak-tapak yang melibatkan tanah gambut serta kawasan sekitarnya. Adalah amat penting untuk mendapatkan kefahaman yang jelas serta mendalam bagi pembangunan yang ingin dijalankan di kawasan tanah gambut. Ini supaya pertimbangan, daripada aspek keselamatan risiko bencana geologi, geoteknikal, pengurusan Kawasan Sensitif Alam Sekitar dan kebolehlaksanaan pembangunan dapat dilakukan secara lestari serta mengimbangi pembangunan fizikal dan pembangunan insan.

  1. HERITAGE PERMATANG QUARZA GOMBAK SELANGOR & FRIM

Oleh :  Prof. Emeritus Datin Paduka Siti Zuraina binti Abdul Majid
Penasihat Kehormat Warisan Selangor
Pesuruhjaya Warisan, Jabatan Warisan Negara

Ringkasan kertas Kerja :

PKGS merupakan warisan semulajadi yang mempunyai nilai biodiversiti, ekologi dan daya tarikan pelancongan yang tinggi serta mempunyai sejarah geologi ratusan juta tahun yang amat bernilai. Keunikan PKGS ini adalah  formasi batuan kuarza antara yang terpanjang didunia dan terpanjang di Malaysia. Sebagai langkah memulihara dan untuk menjadikan tapak PKGS sebagai tarikan pelancongan yang terkenal bertaraf antarabangsa Kerajaan Negeri Selangor telah menggangkat tapak ini sebagai tapak warisan dunia UNESCO yang berasaskan alam semulajadi.

  1. URBAN REDEVELOPMENT : CASE STUDY SELANGOR MARITIME GATEWAY

Oleh       : En. Syaiful Azmen bin Nordin
Pengarah Urusan
Landasan Lumayan
Menteri Besar Incorporate

Ringkasan kertas Kerja :

Projek Selangor Maritime Gateway (SMG) adalah untuk menjadikan sungai Klang sebagai sumber baru untuk menjana ekonomi Negeri Selangor (Urban Regeneration) perdagangan, perhotelan, pelancongan, perumahan dan industri perkhidmatan. Impak pembangunan SMG ini akan memberi kesan positif terhadap pembangunan di Klang yang akan menjana pertambahan 12,247 unit rumah pada masa hadapan, kewujudan 32,000 peluang pekerjaan baru dan 7.8% peningkatan pendapatan isi rumah. Secara khususnya projek ini akan merubah keadaan Sungai Klang yang sekarang kepada Sungai yang mempunyai nilai tarikan pelancongan yang bertaraf Antarabangsa.

SIAPA YANG PATUT HADIR…..

  1. Pemaju-Pemaju projek pembangunan yang ingin mendalami bidang perancangan
  2. Perunding-Perunding Profesional seperti perancang bandar, akitek, jurutera, juru ukur dan lain-lain
  3. Pihak Berkuasa Tempatan
  4. Agensi-Agensi Persekutuan dan Negeri yang terlibat dengan projek pembangunan
  5. Institusi Pengajian Tinggi Awam / Swasta
  6. Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO)

Muatturun Borang Pendaftaran Seminar disini.

Cetak Emel