jata Agensi di bawah
Kerajaan Negeri Selangor

email facebook twitter youtube rss

Jenis Font: Arial | PT Sans | Century
A A A A
A- A A+

Smart Desa Selangor Berdaya Masyarakat Luar Bandar

OLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 28 NOV: Smart Desa Selangor diyakini mampu memberdaya masyarakat luar bandar terus berada dalam arus perdana pembangunan serta menikmati kemudahan dan mutu kehidupan setara kehidupan moden masyarakat bandar.
Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, PLANMalaysia@Selangor berjaya menghasilkan Pelan Halatuju Strategik Desa Selangor 2035, iaitu dokumen perancangan spatial berhubung perancangan dan cadangan pembangunan desa.
Katanya, ia merangkumi aspek fizikal, ekonomi, sosial dan persekitaran yang menjadi asas perancangan dan kluster pembangunan strategik demi mempertingkatkan potensi kemajuan desa.

“Kita perlu memastikan ‘connectivity’ antara bandar dan desa.
“Kita juga mahu watak dan jati diri kedesaan yang bermasyarakat,
bergotong-royong, muhibbah dan lestari dengan kehijauan alam semulajadi
terus dikekalkan dan dipertahankan,” katanya.
Mohamed Azmin berkata, terdapat dua hasil utama kajian iaitu
Pelan Halatuju Strategik Desa Negeri Selangor 2035 dan
Sistem Maklumat Smart Desa Negeri Selangor.
“Ia meliputi 519 kampung melibatkan kampung tradisi,
kampung tersusun, kampung baru,
kampung bagan dan kampung orang asli,” katanya.
Beliau berkata, pembentukan kerangka Smart Desa merupakan
penterjemahan Dasar Rancangan Struktur Negeri Selangor 2035.
Katanya, ia adalah penegasan terhadap usaha
menjana sumber pendapatan secara strategik,
melaksanakan pembangunan berkualiti serta
menyantuni rakyat melalui Inisiatif Peduli Rakyat.

“Smart Desa Selangor diberi takrifan sebagai
pembangunan desa secara bijak dengan mengambil
berat terhadap pengurusan sumberjaya terkawal
dan pembangunan ekonomi dan spatial terancang
untuk meningkatkan taraf dan kualiti hidup masyarakat desa.
“Penterjemahan ini mensasarkan pengiktirafan sebagai
Global Village melalui pelaksanaan
pusat Smart Desa dengan model kampung yang dilihat
berpotensi bersaing di peringkat antarabangsa,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyempurnakan
Majlis Pelancaran Smart Desa Selangor,
di Pusat Konvensyen Shah Alam, di sini, hari ini.

Sumber: selangorkini.my
https://selangorkini.my/2017/11/
smart-desa-selangor-berdaya-masyarakat-luar-bandar/

Cetak Emel